Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Segmen 5 di blog ini diteruskan lagi kali ini dengan tips / informasi yang akan MB kongsikan untuk mereka bergelar suami dan bapa. Mana tahu anda boleh jadi Suami Mithali.

Segmen 5 tips

MB akan kongsikan 5 perkara yang kita sebagai suami boleh membantu isteri kita untuk meringankan beban mereka di rumah.

Sikap Ibu Bapa Ketika Ibu Hamil

  • Luangkan Masa Bersama

Yang ini harus para suami/bapa lakukan iaitu cari sedikit masa untuk luangkan dengan anak anda. Layan mereka dan bermain dengan mereka, ini salah satu teknik untuk menjadi bapa yang prihatin.Jangan asyik serahkan kepada isteri sahaja bila bab bermain ini. Anak-anak juga harus difikirkan. Cuba rajin sikit bapa-bapa jangan tahu mengadap suratkhabar je hehehe.

  • Jaga Anak

Yang ini harus para suami/bapa lakukan iaitu tolong jaga anak anda ketika isteri anda sedang membuat kerja rumah. Kerana anak-anak perlu diberikan pengawasan salah seorang antara ibu bapa. Jangan asyik nak berkepit je dengan isteri.

  • Membuat Susu

Jangan gelak bila baca statement tersebut hehe. Sekali sekala apa salahnya anda sebagai suami buatkan susu untuk anak anda pula jangan selalu mengharapkan si isteri. Kalau kerap pun tidak mengapa, walaupun isteri kita pengeluar susu utama tetapi tak bermakna mereka akan beroperasi mengeluarkan susu 24 jam bukan.

  • Mandikan Anak Anda

Yang ini merupakan rutin harian MB bila pulang dari kerja. Kadang-kadang isteri balik lewat jadi MB yang akan mandikan anak sendiri. Sekali sekala luangkan masa untuk mandikan anak anda adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan.

  • Tidurkan Anak Anda

Bagi mereka yang prihatin dengan keletihan isteri, apa kata ambil hati mereka dengan menidurkan anak anda tanpa bantuan si isteri. Suami perlu belajar bagaimana cara untuk menidurkan anak anda kerana bab ini amat penting jika isteri tiada di samping anda berdua. Samada tidurkan di buaian atau pun dodoikan anak anda di sebelah anda. Kalau dah tidur barulah anda tidurkan pula isteri anda hehe.

Berikut antara beberapa amalan atau rutin kita sebagai bapa di rumah. Sekali sekala bantulah isteri anda dan ringankan beban mereka.

4,325 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. alhamdulillah 5 perkara ni memang sy praktikkan dalam kehidupan sejak berumahtangga..walau kadang2 isteri mengadu kita kurang melayan anak (sebab kena pegi kerja dan hanya ada masa beberapa jam je lepas balik kerja) tapi apa yang penting jangan sesekali mengabaikan keluarga lansung..
    pipoq Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Memasak bersama Wardina SaffiyahMy Profile

  2. nanti DT suro abang DT baca.. anak nya baru 3 bulan, tapi bila suro tukar pampers, dia tak ready. hahahah comel je
    Datin Tyka Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Kerja KerajaanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam