Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Kembali lagi dengan Segmen 5 di blog MB ini.. Kalau artikel yang lepas MB kongsikan 5 Teknik Keluar Malam dan alhamdulillah pelbagai pelbagai pendapat yang di utarakan oleh pembaca dan pelbagai reaksi.

Segmen 5 tips

Untuk kali ini MB akan kongsikan 5 Persediaan Suami Menjelang Isteri Hendak Bersalin

  • Ambil Cuti – Bagi mereka yang berkerja jarak jauh dari rumah, pastikan anda mengambil cuti jika due isteri anda sudah tiba kerana jika anda masih lagi berkerja ketika hari due tersebut, dikhuatiri tiada siapa di sisi isteri anda. Nak balik dari tempat kerja agak jauh. Jadi temani isteri anda di saat due tersebut.
  • Kondisi Kenderaan – Pastikan kenderaan anda elok dan boleh berfungsi seperti biasa dan pastikan juga tiada kerosakkan berlaku. Dikhuatiri akan menimbulkan rasa panik bila kenderaan rosak nak bawa isteri macam mana?kan..kan…
  • Telefon – Yang ini amat penting, pastikan telefon anda masih mempunyai baki credit yang mencukupi untuk membuat sebarang panggilan (bagi mereka tiada telefon tetap di rumah). Maklumlah kalau tengah-tengah malam, isteri dah sarat nak bersalin tapi anda tiada kenderaan, jangan bimbang hubungi ambulans atau jiran terdekat anda. Tapi bayangkan anda tiada kenderaan,telefon tidak berkredit,atau telefon rosak susahkan.
  • Selesaikan Kerja – Ini amat penting juga, selesaikan urusan kerja di pejabat anda jangan biarkan ada kerja yang tertunggak mahupun perkara-perkara penting. Bukan apa, katakan anda ada kerja tertunggak, agak-agaknya kalau anda cuti siapakah yang akan anda susahkan untuk menghabiskan kerja anda?hehehe..
  • Kawal Diri – Terakhir sekali, yang ini pihak suami harus belajar bagaimana hendak mengawal diri. Sewaktu isteri sudah mengerang kesakitan nak bersalin ada sesetengah para suami akan mengalami tahap ‘panik’ yang berlebihan..hehe.. Mereka tidak tahu apa hendak buat dalam situasi tersebut. MB sendiri pernah mengalaminya. Bila panik menyerang memang tak terkatalah. Bagi kelahiran anak pertama mungkin suami akan panik tetapi jika sudah masuk anak ke-2, ke-3 mereka sudah mempunyai pengalaman.

Isteri bersalin di mahkamah

Serba sedikit tips dari MB bagaimana dan apa yang perlu para suami lakukan semasa di saat isteri sarat nak bersalinkan anak. Harap dapat membantu anda semua.

19,188 total views, 5 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Dukungan suami untu istri sangatlah penting,,istri akan merasa nyaman jka suami menjaga selama proses bersalin,,

  2. Debaran menanti zuriat sulung. Memang tidak senang duduk kerana didalam benak fikiran bermain-main perseoalan rupa zuriat, samada masalah, kesempurnaan sifat dan sebagainya. Apa bila menatap wajah merah bayi yang selamat dilahirkan hilang segala keraguan.
    akubiomed Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Filem Iron Man 3 sekuel terakhirMy Profile

  3. teringat masa isteri nak lahirkan anak pertama, hari pertama ramadhan tahun 2008..
    sebelum isteri betul2 rasa sakit nak besalin, suami tak leh nak teman..kena la tunggu..sikit punya lama la menunggu..masuk dewan bersalin lepas asar, aku dah tunggu je..berbuka puasa pun ala kadar je, roti ngan air kotak je (maklum la anak pertama..neves lain sket)..tunggu punya tunggu punya tunggu, lepas isya doktor panggil masuk..cuma nak mintak persetujuan untuk wat cezer pehtu tak bagi aku gi teman lak tu kat dewan bedah tu..hampeh tul..
    pipoq Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Siapa yang harus dipilih ?My Profile

  4. oh ye, suami jgn lupa pulak nak pergi hospital mana.. kang kalut2, terlupa hospital.. hehee.. jgn lupa kelengkapan mak dan baby masa kat ward lepas bersalin nanti.. jgn lupa yg tu.. kang sejuk baby tu..
    fiezaradzi Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Bila Budak Mula Baca DoaMy Profile

  5. jgn panik tu paling penting kot.. sbb masa nak bersalin tu, kdg2 de isteri yg jadi bukan ‘dirinya’ haha.. jadi penting bagi suami dlm mententeramkan isterinya..

    sungguh, kehadiran suami di samping isteri yg nak bersalin, rasa selamat dan lebih tenang.. jadi, isteri sekalian, suruhlah suami masing2 tetapkan diri utk masuk teman masa nak bersalin tu.. hihi
    fiezaradzi Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Bila Budak Mula Baca DoaMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam