Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pernah dengan nama Pavlova Miamor~~ hahaha…Pavlova adalah satu pencuci mulut berasaskan meringue, dinamakan sempena nama penari balet Rusia,  Anna Pavlova. Ia adalah satu pencuci mulut meringue dengan kerak yang segar dan lembut… 
Pencuci mulut ini dipercayai telah diwujudkan untuk penghormatan Anna Pavlova sama ada semasa atau selepas satu lawatan beliau ke Australia dan New Zealand pada tahun 1920-an. Kerakyatannya telah menjadi sumber perdebatan antara kedua-dua negara selama bertahun-tahun, tetapi penyelidikan rasmi menunjukkan New Zealand adalah negara kerakyatannya…
Pencuci mulut ini adalah hidangan popular dan merupakan sebahagian penting daripada masakan kebangsaan kedua-dua negara, dan dengan resipi yang mudah, sering dihidangkan semasa makanan perayaan dan percutian. Ia adalah pencuci mulut yang paling dikenali semasa musim panas, tetapi dimakan sepanjang tahun di  Australia dan New Zealand….
Itu sejarah Pavlova…Berasal dari Penari Balet..hehehe..Nah sajian untuk anda semua….







Berikut cara bagaimana nak buat Pavlova….

Bahan-bahan ( 2 adunan kecil )

4 biji putih telor ayam
3/4 cawan gula castor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
bahan-bahan topping :
Secawan @ 250 ml whipping cream
hiasan :  guna anggur n mangga

Cara-cara Membuat :

  • Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dahulu dengan kadar kepanasan 140 darjah celsius.. guna api bawah..
  • Pastu bila nak mula masak baru turunkan suhu antara 120 -100 darjah celsius..  guna suhu 110 darjah celsius…
  • Mula-mula, asingkan dulu putih telur dengan kuning telur…ambil yang putih telur sahaja..
  • Kemudian, putar putih telor pada kelajuan tinggi terus dan pukul sampai putih telor tu gebu (nak tau dia soft peaks ke tak, bila korang telangkupkan mangkuk tu, putih telor tu takkan jatuh)
  • Langkah seterusnya, dgn kelajuan tinggi jugak, kita masukkan gula kastor sedikit demi sedikit.. Jangan berhenti putar tau.. sambil masukkan gula sambil putar…
  • Putar sampai kental.. dalam keadaan mixer masih berputar, masukkan 1 sudu besar tepung jagung td ke dalam adunan tersebut.. putar lagi 3 minit.. Hasil adunan atau pun lebih di kenali dengan ” meringue”…
  • Dengan menggunakan spatula masukkan cuka dan esen vanila tadi…
  • Pastu  balikkan meringue tersebut sampai adunan sebati.. kaup balik dengan perlahan saja.. kalau boleh pusingan spatula tu satu arah je…
  • Seterusnya.. sediakan dulang pembakar, lapikkan dengan kertas minyak.. dan tuang adunan tadi ke atasnya…
  • Pastikan masa bentukkan adunan tu, jangan buat terlalu tebal atau terlalu nipis.. kalau boleh keliling dia lebih tinggi dr tengah…
  • Selepas itu masukkan ke dalam oven.. letak kat rak tengah-tengah.. suhu antara 120 – 100 darjah celsius.. bakar selama 1 jam 15 minit bergantung pada jenis oven..
  • Bila dah cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova tu dari oven.. biar sejuk seketika dalam oven tu dengan keadaan pintu oven sedikit renggang bagi elakkan pavlova tu merekah…
  • Topping : Putar whipping cream dengan kelajuan tinggi.. putar sampai kental..
  • Toppingkan krim di atas pavlova dan hiaslah dengan buah-buahan mengikut kreativiti anda..

    Nota Lastik : Resipi adalah perkongsian dari rakan…

7,698 total views, 18 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam