Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Han Ji-eun dan Lee Young Jae
Masih ingat Fenomena Full House ( drama korea ) dulu… Bagi yang sememangnya pengikut setia drama tersebut mesti ingat…. Sama seperti MB…. Pengikut setia drama Full House…Dulu rakan-rakan gelarkan MB ‘Rain‘… hehehe…mungkin sebab ‘6 pack’ di perut MB waktu dulu…sekarang yang tinggal hanyalah garisan bekas ‘6 pack’…
Berita baiknya, siri drama Full House ini akan kembali semula di kaca TV…Kali ini tajuknya ialah Full House Take 2…atau dalam tajuk Korea ialah Poolhawooseu Teikeu 2…Kalau dalam Jepun pula Furuhausu Teiku 2…ha…tu dia…Mempunyai 20 episod dan akan disiarkan pada 22 Oktober 2012..Kat Malaysia tak tahulah bila…
Full House Take 2
Tetapi..ada tetapinya…Jangan nak suka sangat…hahaha…siri yang baru ini tidak akan menggunakan pelakon yang asal iaitu si gadis comel Song Hye Kyo (Idola MB wo..) dan Jejaka stylo iaitu Rain…Dengar khabar mereka akan menggunakan khidmat kumpulan ‘Hujan‘ sebab ‘Rain‘ menolak peluang dan ingin memberikan peluang kepada sepupunya iaitu kumpulan Hujan (Rain jugak ni)…hehehehe..

Antara Pelakon : 

No Min Woo sebagai Lee Tae Ik
Hwang Jung Eum sebagai Jang Man Ok
Park Ki Woong sebagai Won Kang Hwi
Yoo Seol Ah sebagai Jin Se Ryeong
Lee Seung Hyo
Oh Jae Moo
Jung Ji Ah

Sinopsis Full House Take 2

Siri ini berkisarkan seorang guru Jang-ok Man (Hwang Jung Eum) menjadi stylist kumpulan idola TAKE ONE, yang terdiri daripada Lee Tae Ik (No Min Woo) dan seorang lelaki  bernama Won Kang HWI (ParkKi Woong) yang terlibat dalam hubungan romantis dengan mereka. Lebih kurang juga jalan ceritannya dengan Full House dulu….

Nah, MB sajikan gambar para pelakon Full House Take 2

Hwang Jung Eum
No Min Woo
ParkKi Woong

Itu barisan pelakon utama yang akan membintangi siri drama Full House Take 2….

Cuba bandingkan yang ini pula….

 vs 

Yang mana lebih cute…hehehe..MB pilih Song Hye Kyo la ( minat sejak drama Autumn In My Heart )…..

Antara lagu yang menjadi pujaan hati MB ialah ‘ I Think I Love You‘…
Untuk maklumat lanjut boleh layari official website Full House Take 2 … kalau faham bahasa korea oklah…

2,702 total views, 3 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam