Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sebagai blogger apa yang kita boleh sumbangkan kepada orang yang memerlukan….. Terfikir juga MB mengenai isu ni.. Setelah blogger ni membuat entri mengenai sumbangan anda sebagai blogger…
Bertepatan dengan itu… MB mengorak langkah dan memikirkan cara untuk membantu 2 situasi yang sedang berlaku sekarang.. 1 di luar negara.. 1 lagi di dalam negara.. 1 isu hak dan agama… 1 lagi isu keperimanusiaan dan keprihatinan kita sebagai manusia…
Langkah yang MB maksudkan ialah dengan meletakkan banner sumbangan kepada mereka yang memerlukannya di blog Melastik Bintang… Dengan cara ini sedikit sebanyak MB dapat membantu mereka..  Walaupun bukan dengan wang ringgit…Alhamdulillah…
Banner 1
Berikutan isu peperangan yang bergolak di Gaza… Rakyat di sana berada dalam keadaan yang tidak selamat dan serba kekurangan… Beratus-ratus rakyat palestin terbunuh akibat kekejaman Rejim Zionis… Paling sedih bila kanak-kanak menjadi mangsa…. Oleh itu, banner ini MB letakkan supaya rakan-rakan pembaca dapat mengetahui bagaimana nak sumbangkan sesuatu dengan saluran yang betul…
Kepada rakan blogger 1, blogger 2, blogger 3, blogger 4, blogger 5 terima kasih kerana sama-sama berjuang demi palestin di blog anda..
Juga kepada pembaca dan individu di luar sana, marilah sama-sama kita berjuang dan berdoa atas keselamatan Palestin.. Allahu Akhbar!!

Banner 2
Adik Adam Syukri.. Pasti ramai yang tahu kisah adik ini.. Malah di blog Melastik Bintang juga MB ada buat artikel / cover mengenai perkembangan Adik Adam Syukri.. Sebagai bapa dan mempunyai keluarga juga mempunyai anak, MB faham dan mengerti apa yang dilalui oleh adik Adam Syukri dan keluarga.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. 
Jadi, MB berniat menolong keluarga  mereka dengan blog Melastik Bintang ini… Dengan meletakkan banner sumbangan untuk Adik Adam Syukri.. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka… Dan juga artikel perkembangan Adik Adam Syukri…
Berdoa untuk mereka

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.
2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran
3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.

Begitulah sedikit sumbangan dari MB.. Blog boleh melakukan apa sahaja dan mendekatkan kita dengan individu di luar sana.. Sebagai seorang blogger, MB cuba melakukan sesuatu dan cuba menyumbang dengan adanya blog Melastik Bintang..
Rakan-rakan di luar sana juga boleh melakukannya… Semuanya terletak atas diri kita dan niat kita…Insyaallah, semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..

2,446 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam