Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Keadaan di Gaza semakin meruncing.. Beberapa serangan tentera Israel kini kian menjadi-jadi… Semalam hangat diperkatakan isu memboikot McD.. Selepas McDonald Malaysia  memberikan 200,000 burger ‘Egg McMufin‘secara percuma semalam.. 
Dikenali sebagai ‘Mcdonald Breakfast Day‘ semua cawangannya di seluruh negara akan memberikan  burger secara percuma kepada 1000 pelanggan pertamanya… Pada masa yang sama Negara Yahudi Israel sedang membedil dan membunuh ribuan rakyat Palestine..
Apa yang menarik perhatian MB ialah, ada juga yang bersusah payah beratur dari pagi untuk mendapatkan burger tersebut… Apa yang bermain di fikiran mereka agaknya.. Hanya satu burger sahaja sanggup beratur panjang.. Fuh! Kalau MB memang tidaklah… Lainlah kalau 5biji burger ke.. hehehe.. Gurau je..
Bandingkan…

Keadaan di salah sebuah McD di Utara
Yang mana pilihan anda….Burger Percuma atau Sikap Prihatin terhadap rakyat islam di Gaza.. Kalau betul nak memboikot, biarlah lakukan dengan betul.. Ini tidak, lebih memetingkan burger yang percuma dari usaha kita untuk membantu rakyat islam di Gaza.. Tidak mengapa, kita tinggalkan persoalan itu.. Mereka yang lebih arif lebih tahu jawapannya….
MB tertarik dengan persoalan yang diperkatakan oleh rakan MB semasa bersarapan tadi..

Tapi kita kena fikir juga, kalau kita memboikot, bagaimana nasib pekerja rakyat kita yang berkerja di Mcdonald.. Mereka mencari rezeki juga.. 

Ada logiknya juga apa yang rakan MB perkatakan… Walaupun MB tidak bersetuju dengan kenyataan diberikan.. MB tinggalkan beberapa persoalan untuk kita fikirkan bersama..
  • Adakah mereka patut berhenti kerja?? Nak mencari kerja sekarang amat susah…  Sama-sama kita renungkan dan memberi pendapat untuk rakan-rakan kita…
  • Adakah kita rakyat islam akan terus memboikot barangan / produk buatan Israel / Yahudi? Jika Ya,  ia sesuatu usaha yang murni.. Tetapi sampai bila? Adakah seperti gejala “SEO Bermusim”?
  • Kalau nak memboikot biarlah sampai habis-habisan.. Mengapa menunggu sehingga Palestin dibom oleh israel, kemudian boikot? Adakah anda memboikot hanya berdasarkan situasi semasa?”
  • Hanya makanan sahaja ke kita kena boikot? macamana dengan kegunaan harian yang lain macam komputer ibm / intel design…?
  • Bagaimana pula dgn FB yg kita guna sekarang? 

Agak sukar juga untuk menjawab segala persoalan tersebut… Tepuk dada tanyalah diri sendiri…
Sama-sama kita berdoa supaya rakyat Palestin dilindungi Allah S.W.T .. Selamatkan mereka Ya Allah… Peace Gaza!

3,897 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam