PEPERANGAN DI GAZA

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Alhamdulillah, 4 hari MB tidak menulis, hari ini MB berkesempatan menulis sesuatu untuk kita renungkan bersama…Seperti mana yang anda tahu, Dunia Gaza sedang bergolak dengan serangan tentera rejim zionis ke atas umat islam di semenanjung Gaza.. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel termasuklah anak kecil yang tidak berdosa.. Serangan yang bertalu-talu, roket dan peluru yang tidak mengenal mangsa ditujukan di bumi Gaza..

PEPERANGAN DI GAZA
Kanak kanak menjadi mangsa kekejaman Israel Laknatullah

Disini MB nak berkongsi sedikit kisah benar dari semenanjung Gaza…
Ini kisah benar yang diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.
Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :
Peristiwa 1 
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2 
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3 
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5 
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6 
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza !!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh Al-Fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui..Wallahu’alam..
Perasaan geram di dalam diri MB turut membuak akibat kekejaman tentera Israel terhadap saudara islam kita.. Kemana perginya pihak NATO, PBB dan negara-negara Islam yang lain?? Tidakkah mereka mampu berbuat sesuatu untuk Gaza..
Sanggupkah kita terus  melihat mangsa yang terkorban ini:
Perdana Menteri Mesir Hisham Kandil (berkacamata) memegang mayat
kanak-kanak yang terbunuh akibat bedilan roket tentera Israel
Cukup menyayat hati bukan?? Kita yang hanya melihat, tetapi mereka yang menanggungnya lebih berat dan memilukan… Setiap hari ada mangsa yang terkorban… setiap hari tangisan mengalir… setiap hari mereka hidup dalam ketakutan… setiap hari mereka dihujani peluru sesat tentera Israel…

” Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

MB hanya mampu membantu dari doa untuk keselamatan umat islam disana.. Diharapkan rakan-rakan juga turut sama berdoa agar saudara islam kita disana dilindungi Allah .S.W.T.. Allahu Akbar!

3,724 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam