Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Pasangan yang turut serta dalam program terbaru Astro Ria

Berita baik buat pasangan yang baru berkahwin ataupun yang sedang dalam perancangan nak mendirikan rumahtangga.

Saluran Astro Ria bakal melancarkan dua program khas untuk pasangan berkahwin dan yang bakal menempuh alam rumah tangga menerusi kempen Semarak Cinta.

Program berjudul Destinasi Cinta Bersama AirAsia dan Raikan Cinta itu bertemakan cinta, perkahwinan dan destinasi bulan madu yang sesuai dijadikan rujukan bagi bakal pengantin baru.

Program Raikan Cinta mengkhususkan kepada pasangan yang ingin mendapatkan idea dalam merancang hari bahagia manakala Destinasi Cinta Bersama AirAsia pula lebih kepada pasangan yang baru berkahwin.
.
Destinasi Cinta Bersama AirAsia pula memberi peluang kepada penonton untuk merancang perjalanan bulan madu dengan paparan destinasi terbaik di dalam dan luar negara.

Program tersebut akan  membawa penonton untuk menikmati perjalanan bulan madu 12 orang selebriti terkenal tanah air yang telah mengembara ke pelbagai destinasi menarik serata Asia.

Selebriti tersebut adalah Elyana dan Khairul (Laos), Irma Hasmie dan Redza (Indonesia), Carleed Khaza dan Natasha Hudson (Terengganu), Johan dan Ozlyn Wati (Thailand), Sazzy Falak dan Nash (China) dan Raja Farah dan Megat (India).

Turut terlibat Norman Hakim dan Memey Suhaiza (Indonesia), Ana Raffali dan Naim (Indonesia), Mizz Nina dan Noh Hujan (Filipina), Farish Aziz dan Zahrah (Vietnam), Nurul dan Eric (Sabah) serta Yasmin Hani dan Sha’rin (China).

Destinasi Cinta Bersama AirAsia akan menemui penonton setiap hari Rabu sebanyak 13 episod bermula 17 Oktober depan. Ia akan disarikan pada pukul 10 malam.

Manakala Raikan Cinta bakal bersiaran pada setiap Ahad, pukul 7 malam bermula 21 Oktober di saluran sama.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton siaran terbaru dari Astro Ria ini. Manalah tahu dapat tips-tips yang berguna untuk hari perkahwinan anda ataupun program berbulan madu anda.

Nota Lastik : Bro Framestone kena tengok kot program ni….

4,326 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam