Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini balik saja ke rumah, tengok atas katil ada satu majalah.. Gambar bayi di muka depan.. Erm.. Dah boleh agak, Majalah Pa&Ma edisi Mac.. Hehehe.. Rupanya si isteri telah pun membelinya dahulu.. Jimat sikit duit MB..

Muka Hadapan Edisi Bulan Mac

Jom kita tengok antara yang menarik edisi bulan Mac ini..

Antara tajuk yang menarik perhatian MB ialah ‘ Bahayakah Kafein Untuk Kanak-Kanak?‘ . Kafein memang sinonim dalam kehidupan kita. Ada sesetengah pendapat kafein tidak baik untuk diamalkan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Bagaimana pula kesannya terhadap si kecil anda?

KidZania‘.. Apa itu KidZania? KidZania umpama sebuah kota kecil yang lengkap dengan bangunan, jalanraya, kenderaan dan ekonomi yang berfungsi. Taman tema yang meliputi dua aras dengan keluasan lebih 80 000 kaki persegi dan terletak di lokasi strategik di Curve NX bertentangan dengan kompleks beli belah Curve di Mutiara Damansara.

Artis yang menghiasi siri Personaliti kali ini ialah Sharifah Shahirah atau nama panggilannya Shira. Isu yang dikupas kali ini ialah sejauh mana Shira mendidik anak-anaknya. Mendidik secara tegas anak-anaknya seperti yang dikupas dalam edisi bulan Mac ini.
Itu antara beberapa isu yang dikupas dalam majalah Pa&Ma edisi Mac ini. Banyak lagi isu-isu menarik yang pasti memberikan anda sebagai ibu bapa maklumat dan informasi yang menarik.
Jangan lupa untuk dapatkannya sekarang. Telah berada di pasaran. Pa&Ma edisi bulan Mac.

4,016 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. dlu tak begitu gemar kan kopi. tp sejak tulis thesis bulan lepas jd ketagih pulak..

    ada research mengatakan caffeine ni stimulant yg bagus tp ia merencatkan perkembangan otot. ada pro dan con disitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam