Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Tuturiol kali ini, MB nak terangkan sedikit mengenai IntenseDebate… Bagi pengguna blogspot yang menggunakan perkhidmatan IntenseDebate bagi ruangan komen blog mereka, pasti menghadapi masalah dimana kotak ruangan komen IntenseDebate kadang-kadang hilang dan digantikan dengan kotak komen blogspot… Pasti anda naik angin bila komen-komen begitu banyak hilang kan…

Kotak Ruangan Komen Blogger
Tapi sebelum itu, MB nak terangkan apa itu IntenseDebate..
                                                         IntenseDebate Installer
IntenseDebate ni merupakan perkhidmatan pihak ke-3 untuk ruangan komen di blog yang mempunyai CommentLuv seperti di WordPress… Pengguna blogspot juga sudah boleh menggunakan CommentLuv… Dengan adanya IntenseDebate, di setiap ruangan komen blog anda, anda atau pengunjung boleh meninggalkan backlink blog anda.. 
Contoh Ruangan Komen IntenseDebate
Apa yang MB nak fokuskan disini ialah masalah yang dihadapi bila kotak komen hilang… Dah banyak kali MB lalui pekara ini, sampai dah naik muak.. Cuba cari di rumah pakcik Google tapi tidak satu pun info yang boleh membantu… Akhirnya MB mengambil inisiatif untuk bertanya terus kepada pihak IntenseDebate sendiri dengan email kan persoalan kepada mereka.. Jawapan yang MB terima dalam masa seminggu juga… Sabar menunggu.. Setelah dapat jawapan MB terus buat apa yang disarankan..

Ruangan Kotak Komen IntenseDebate

Jawapan IntenseDebate



Cara Menyelesaikan Masalah

  • Pergi ke Dashboard Blogger kemudian klik Template

  • Kemudian klik Customize Mobile Template

  • Pilih Mobile Template – Custom dan Save

Punca Berlaku
Kenapa boleh berlaku sedemikian.. Ini kerana Blogger baru-baru ini memperkenalkan tema mobile baru dimana ianya tidak menyokong IntenseDebate… Jika anda mengaktifkan tema mobile, ia yang akan mengaktifkan semula komen Blogger.. Jika seseorang meninggalkan komen melalui tema mobile yang baru itu, mereka akan komen melalui Blogger, komen tersebut akan mengatasi ( bertindih ) komen IntenseDebate jadi ia tidak akan keluar pada ruangan komen IntenseDebate anda…
Masalah Selesai

Alhamdulillah MB dah cuba buat, sehingga kini masalah itu tidak berlaku lagi… Tetapi jika berlaku di blog anda, anda boleh cuba delete komen di blogger dashboard.. Ia akan kembali ke keadaan asal IntenseDebate…
Selamat Mencuba!!!

1,720 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam