Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t

Sempena Malaysia Social Media Week 2013 yang akan berlangsung pada 3 Mac 2013 nanti, proses pengundian blog-blog yang tercalon kini amat terasa kehangatannya.
Ada blogger yang menjalankan kempen mengundi.. Tidak kurang juga rakan-rakan turut membantu mempromosikan..


Terima kasih kepada pengundi-pengundi dan mereka yang mengikuti dari mula acara ini. Kali ini MB akan menjelaskan sesuatu yang menjadi kekeliruan calon dan pengundi mengenai sistem undian.
Peringkat Pencalonan & Pengundian 

Untuk mengundi blog kegemaran anda, hanya ikuti langkah-langkah yang mudah:
  • Pastikan anda daftar akaun terlebih dahulu untuk akses
  • Aktifkan akaun di e-mail anda.
  • Klik pada senarai kategori yang dicalonkan.
  • Pilih blog kegemaran anda
  • Klik pada butang Vote untuk mengundi.
Atau anda boleh ke link berikut untuk cara mengundi dengan lebih terperinci: 

                                                                           Cara Mengundi

Berikut merupakan mekanisme undian untuk anugerah tersebut:

  • Daftar untuk mengundi. Anda memerlukan username dan password.
  • Setiap orang hanya boleh mengundi sekali sahaja untuk setiap kategori (hanya boleh undi satu blog untuk satu kategori).
  • Terdapat 20 kategori, jadi setiap orang hanya boleh mengundi 20 kali, satu kali untuk setiap kategori.

MSMW 2013 Secretariat
Peringatan bahawa undi anda mewakili  80% kepada keseluruhan proses menilai pencalonan.
Diharapkan para blogger dan pengundi sudah faham dan jelas dengan keterangan yang MB terangkan di atas. Selamat berjaya kepada semua peserta dan persaingan kita adalah persaingan secara sihat.

Semoga Berjaya !

4,884 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. ooo..pernah boleh undi banyak kali ye?… susah gila saya nak vote untuk kawan2 kategori lifestyle sebab ramai sangat yang saya suka kot..haiishh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam