Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Betul kata UAI, MB ada juga rasa terpaksa bila buat sesuatu tu, nak tak nak je buat. Tapi lama-kelamaan hati kita akan rasa ikhlas dengan apa yang kita lakukan. Contoh bila rakan sekerja anda  minta tolong anda    membuat kerja beliau, .Mesti sedikit sebanyak ada rasa “malaslah nak buat“, “aduh banyaknya” , Yela-yela, letaklah atas meja saya, nanti saya buat” Tapi tahukah anda semua setiap perbuatan yang datang dengan hati yang iklas, Insyaallah Allah akan  memberi ganjaran. Orang yang ikhlas juga akan menganggap sesuatu kerja yang berat itu sekadar kerja yang ringan sahaja. Maka dengan rasa keikhlasan seumpama itu orang tersebut boleh menyelesaikan kerjanya dengan mudah dan lancar. Demikianlah keadaannya apabila seseorang itu ikhlas dalam tanggungjawab yang dipikul.
Bila kita melakukan kerja dengan ikhlas kerja kita lebih mudah dan kita akan disenangi oleh orang di sekeliling kita di mana juga kita berada. Namun terdapat juga golongan manusia yang ikhlas tetapi sebenarnya tidak memerlukan imbalan. Jikapun ada imbalan orang yang ikhlas itu terus bersyukur kepada Allah.

“Ikhlas itu adalah rahsia dari semua rahasia dan AKU menempatkannya dihati hamba yang menjadi kekasih-Ku.”

2,485 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam