Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Terima Kasih P1 WIMAX! Itu ucapan penghargaan dari MB kepada mereka kerana sudi memberi peluang kepada MB untuk menggunakan perkhidmatan gajet mereka P1 MX230 selama 5 minggu. Apa yang MB boleh katakan ialah P1 MX230 ialah peranti yang amat bagus dan memberikan kepuasan kepada pengguna. Ciri-ciri dan kelebihan yang ada pada P1 MX230 ini membuatkan MB tertarik untuk menggunakannya dan ingin melanggannya. Beberapa sebab kenapa MB mempertimbangkan untuk melanngan ialah kerana:
Situasi 1 : Di Dalam Kereta
Seperti di dalam ENTRI INI, MB sudah pun terangkan kenapa peranti P1 MX230 ini sangat berguna. Bayangkan anda di dalam kereta dan memerlukan maklumat perjalanan ataupun sebarang sumber dari internet. Anda boleh menggunakan telefon bimbint anda untuk melayari internet, tetapi skrin yang agak  kecil dan penggunaan yang terhad, adakah ianya dapat membantu anda? Sudah pasti tidak.
Tetapi bayangkan anda menggunakan P1 MX230 ini, ianya sebuah peranti WIFI bermaksud anda boleh melayari internet di mana-mana sahaja asalkan anda berada dalam kawasan P1. Cukup dengan sebuah komputer riba, ia pasti mendatangkan kepuasan dan segala kemahuan anda dapat ditunaikan. Itu yang MB lakukan semasa memandu, maklumlah MB kurang mahir jalan-jalan di KL ini, jadi kena rujuk Google Maps, kalau guna telefon bimbit memang susah. Jadi Isteri MB sebagai Co-Pilot akan gunakan komputer riba untuk buka Google Maps. Mudah kan? Skrin lagi lebar.
Situasi 2 : Di Hospital
Baru baru ini anak lelaki MB jatuh sakit dan dimasukkan ke Hospital KPJ Selangor. Jadi anda faham-faham sajalah kalau berada dalam wad macam mana keadaannya kan. Tentu bosan dengan keadaan sekeliling. Waktu ini hanya MB dan isteri amat memerlukan internet untuk mencari sumber dan informasi mengenai penyakit yang anak MB hidapi. Memang di KPJ tersebut ada WIFI tetapi belum tentu anda dapat gunakan.
Keputusan yang bijak ialah MB membawa P1 MX230 ini ke Hospital. Memang berbaloi-baloi dengan adanya peranti ini kerana segala pencarian informasi yang MB cari lebih mudah kerana adanya sumber internet. Tidak perlu membeli Mobile Internet di syarikat telekomunikasi yang ada dalam telefon bimbit kita.
Pelan MIFI P1 MX230
Itu antara sebab penting kenapa MB rasa P1 MX230 ini amat berbaloi jika anda melanggannya. Anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Tidak rugi jika melanggannya kerana ciri-ciri yang terdapat di peranti ini memang akan membuatkan anda puas hati. Bayangkanglah anda boleh letakkan ia di dalam poket anda sewaktu anda berjalan-jalan dan sambil itu boleh melayarai internet. Di ENTRI INI anda boleh baca informasi mengenai peranti ini.
Terima kasih kepada P1 WIMAX sekali lagi atas kerjasama ini yang MB rasa ia mendatangkan faedah dan boleh mendapatkan maklum balas yang positif dari kami sebagai blogger. Apa tunggu lagi, silalah bertukar!
Maklumat lanjut berkenaan pembayaran dan plan ditawarkan klik DISINI.

3,469 total views, 4 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam