Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Lynnzay Affandy yang pernah muncul dengan lagu ‘Jejaka Idaman 2.0‘ baru-baru ini telah pun merakamkan lagu terbaru ciptaannya sendiri bertajuk ‘ANGEL DUST’ yang berbahasa Inggeris bersama penyanyi hiphop underground yang di kenali sebagai Tactmatic.

Muzik video lagu ini di arahkan oleh Lynnzay dan produksinya sendiri.Selain tema percintaan yang bersesuaian dengan konsep lagu ini dengan lakonan ringkasnya bersama pengacara ‘Over The Top MBSB‘ di TV3, Faisal Ariffin, Lynnzay juga ingin memberikan kelainan dalam muzik videonya dengan menekankan konsep ‘TIADA DISKRIMINASI‘ untuk mereka yang berbakat dengan menggunakan penari bersaiz XL.

Tanpa ingin di bayangi konsep tipikal video muzik yang selalunya lebih cenderung kepada penggunaan penari seksi, Lynnzay dengan beraninya melakukan kerjasama bersama dua penari yang berbakat segar serta menggunakan khidmat mereka sebagai pereka tari yang amat meminati tarian berunsur K-POP.

Lagu ini juga memperkenalkan gaya sebenar muzik Lynnzay dan kebolehan Lynnzay mencipta lagu sendiri kepada Malaysia.

Dan selepas ini,Lynnzay khabarnya akan sentiasa menerbitkan lagu-lagu hasil ciptaannya setiap 2-3 bulan untuk anda semua lebih mengenali dan mendekati Lynnzay.

Dengarkan ‘ANGEL DUST‘ dan nantikan produk-produk Lynnzay yang bakal datang seterusnya 🙂

Muzik video ‘Angel Dust’ 

Untuk maklumat lanjut dan info tentang Lynnzay, anda boleh layari laman Facebook di – http://www.facebook.com/LynnzayAffandy atau pun Twitter : @LynnzayAffandy

1,652 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam