Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Assalamualaikum w.b.t
Susah juga nak buat cover entri pasal makanan ni.. Nak makan memang la senang tapi bila korang nak tulis apa yang korang nak cerita kat pembaca pening juga.. Kali ini MB nak cerita pasal Burger Bakar.. Sekarang ni dah jadi trend pasal burger bakar.. Dah melambak dah dan merata-rata dah ada jual burger bakar ni.. MB jarang sangat nak makan burger bakar ni sebab lebih gemar makan burger biasa je..Hehehe..
Tapi korang pernah makan atau dengar tak Burger Bakar Kampung ala-ala kampung style la.. Ha, ni yang MB nak habaq mai kat hampa semua, Isnin lepas MB ada tugas khas bersama beberapa agen CIA untuk ke Meru, Klang. Ditugaskan oleh Ketua CIA Bro Framestone untuk menyiasat kewujudan entiti ‘Burger Bakar Kampung’.. Sebab pertama kalinya muncul burger bakar style kampung.. Selalu kat bandar je..
Ini hasil siasatan MB semasa berada di tempat kejadian..
Tengok banner pun dah terbakar kan??
Senarai harga burger bakar!!! Berpatutan kan???

Chef sedang beradu tenaga memasak burger
Korang tengok jela ye…

Meleleh wei!!!! Pasti sedap!!
Yang ini set sekali dengan fries dan ada air sekali

Agen CIA sedang menyiasat entiti ‘Burger Bakar Kampung’

Ini owner merangkap player bolasepak selangor – Asrarudin Putra…Eh silap Bro Hafiidh

Korang tengok?Owner pun turut membantu sekali..
Amacam?? Kewujudan  Burger Bakar Kampung ni? Korang tak tercabar ke nak cuba dan datang  siasat apa yang menarik pasal entiti Burger Bakar Kampung ni?? Perghh!! Rugi la korang kalau setalat baca je entri ni tanpa mencuba nikmat burger ni… Lazat dan berkrim serta daging yang pejal macam peha MB..haha Tapi serius beb, MB sarankan korang yang kaki Burger Bakar ni patut pergi cuba!
Cara dorang ni masak lain sikit, mereka menggunakan kuali leper macam buat burger biasa tu juga, tujuannya supaya daging yang dibakar masak sekata.. Serius burger ni memang sedap sampaikan Agen CIA lain pun tapau bawa balik.. Nasib baik tank MB ni kecik.. Kalau tak.. Memang tapau sekali la.. Patties Burger Bakar ni dorang buat sendiri..Adunan sendiri dengan ramuan-ramuan yang berkualiti gred AAAAA..hehehe.. Yang bestnya kat sini korang boleh order SET macam kat McD la kan..Ada fries dan air sekali.. Air gas dan Ice Blended…

Info Burger Bakar Kampung 
  • Lokasi :Jalan Meru Tambahan, Klang
  • Mula beroperasi pada bulan 11 2012
  • Burger Ramly pun ada juga, ice blended pun ada walawei
  • Ada sistem point setiap kali korang beli burger bakar jika daftar menjadi ahli RM10 sekali sahaja. Kalau dapat kumpul 100 point boleh ditukar dengan Burger Bakar.
  • Paling penting! Ada menyediakan perkhidmatan DELIVERY ke rumah pelanggan dengan cas hanya rm1 sahaja. (Hanya untuk kawasan MERU sahaja)

Lokasi sulit hehehehe
Waktu operasi 
  • Ahad – Khamis : 6 petang – 11 malam
  • Jumaat & Sabtu : 6 petang – 12 malam

Maklumat Lanjut Hubungi
010-7731917 Bro Hafiidh
Juga

Nota Lastik : Ni bukan cubaan.. Tapi memang sedap.. Tak rugi la datang dari jauh! Kalau takpun MB stop kat Tol Meru jer lepas tu call je bro Hafiidh ni delivery kat tol je..kuang kuang kuang

5,628 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. nampak sedap…huwaaaa..pesal x ajak…dekat jer ni Meru dengan rumah saya… boleh jumpa dengan Mr Ray…lama x jumpa Mr Ray…first and last tu jer la sekali masa event MD… hu hu hu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam