Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Terdetik hati ini untuk menulis  kisah adik Ahmad Adam Syukri. Pasti ada antara pembaca yang sudah mengetahui siapa adik Adam ini. Jika anda tahu, pasti kesedihan turut melanda hati anda seperti yang MB alami. Sayu bila mengetahui kisah sebenar adik Adam ini.

Ya Allah, sungguh berat ujian yang diturunkan buat adik Adam dan keluarganya. Sewaktu pertama kali MB melihat gambar adik Adam, sebak rasanya bila melihat keadaan beliau. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui perasaan keluarga adik Adam dan apa yang dialami mereka.

Sebagai bapa, MB mengerti bagaimana perasaan ibu bapa adik Adam kerana MB juga mempunyai seorang anak lelaki, bayangkanlah jika anak kita demam sedikit pun kita sebagai ibu bapa sudah risau inikan pula dibandingkan apa yang dilalui oleh adik Adam. Menitik air mata bila melihat keadaan adik Adam.

Adik Adam mengalami  masalah kerosakan pada saraf atau lebih dikenali sebagai BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy). Hypoxic Ischemic Encephalopathy adalah istilah untuk kerosakan otak yang disebabkan oleh kekurangan oksigen dan kekurangan aliran darah ke otak. Walaupun ia dikaitkan dalam kebanyakan kes dengan kekurangan oksigen dalam neonate akibat asfiksia kelahiran, ia boleh berlaku dalam semua kumpulan umur, dan sering mengalami komplikasi serangan jantung.

Itulah sebenarnya yang dialami oleh adik Adam, bolehkah anda bayangkan apa yang keluarga mereka alami sekarang. Penyakit yang boleh diketegorikan penyakit kronik.

Kepada pembaca, yang ingin melihat keadaan adik Adam sekarang, boleh pergi ke link Adik Adam Syukri  
MB tidak sanggup untuk meletakkan gambarnya di entri ini kerana terlalu sebak dengan keadaan beliau. Anda juga boleh mengetahui perkembangan adik Adam di page TV3.

Sedikit info mengenai adik Adam :

Lahir 4 Mac 2012

NORAISYAH MD MALENA
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU
LN JAMBU SELATAN
96100 SARIKEI SARAWAK

Untuk sumbangan ke Adam:

CIMB 02040007292201 NORAISYAH MD MALENA

“Ya Allah Engkau berikanlah kekuatan kepada anak ini dan kepada ibubapanya dalam menghadapi ujian-Mu Ya Allah,berat mata kami yang memandang berat lagi bahu yang memikul,Sembuhkanlah sakit anak ini Ya Allah,rringankan lah kesakitannya Ya Allah,sesungguhnya Engkau lebih mengetahui hikmah di sebalik ujian-Mu ini Ya Allah” 

Out Of Topic : Sedih bila terfikir kes pembuangan bayi yang kerap berlaku, apa dosa anak  itu terhadap anda. Mereka amanah dari Allah S.W.T, kenapa kita harus berlaku kejam. Ibu adik Adam sangat tabah menjaga adam dengan keadaan beliau, tak terdetik dihati seorang ibu untuk membiarkan anaknya  yang sakit. Sayangilah amanah dari Allah S.W.T.

4,702 total views, 2 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Kita mampu menolong lebih dari sekadar berdoa untuk adik adam. Kalau ada 400 ratus orang yang mendermakan .rm10 sebulan, itu sudah dapt meringankan perbelanjaan menguruskan adik adam untuk sebulan. Marilah kita sama-sama membantu bakal ahli syurga ini. Saya sudah, anda yang membaca… Ayuh…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam