Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kali ni nak cerita sikit mengenai drama Adam dan Hawa. Dengar kata drama ni lagi hebat dari drama-drama lain hasil adaptasi novel. Mungkin juga lagi hebat penangan Ombak Rindu. Kenapa?? Ha sebab hero drama Adam & Hawa ni merupakan pelakon lelaki yang ramai gadis-gadis, kakak-kakak, makcik-makcik yang tergila-gilakannya.Siapa lagi kalau bukan abang Aaron Aziz kita. Sudah tentu ramai yang kenal dengan beliau dan lakonannya.

Jom kita cerita sikit apa kisah Adam & Hawa ni sebenarnya.

Drama adam dan hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan djchef berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga.

Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan
mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Sambungan sinopsis drama adam dan hawa astro, Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya.

Apa yang akan terjadi seterusnya?

Tu serba sedikit sinopsis dalam drama Adam & Hawa.

Aaron Aziz & Nadiya Nisa

Drama bersiri 80 episod ini dibintangi pelakon utama iaitu Aaron Aziz sebagai Adam Mukhriz dan Nadiya Nisaa sebagai Ain Hawani. Antara pelakon lain yg turut menjayakan drama Adam Hawa ini ialah Elfaeza Ul Haq, Dazrin Kamarudin, Shakila, Putri Sara, Anzalna Nasir, Norman Hakim, Rozie Rashid, Amyza Aznan, Lidyawati, Fazilah Mansor dan Aznah Hamid.

Saksikan drama Adam dan Hawa setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam secara eksklusif di Astro saluran 134 (Mustika HD).

psstt: Dengar ceritanya, Selepas Adam & Hawa, penerbitnya Zetty Adila Ramly akan berangkat ke Maghribi untuk penggambaran drama baru pula yang juga diadaptasi daripada novel tulisan Aisya Sofea berjudul Jauh.

Kali ini aktor popular Adi Putra, Fouziah Ghous dan Anzalna Nasir pula akan di eksperimen untuk gabungan pertama kali ini menerusi Jauh.

2,068 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam