Segmen Melastik Bintang

Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Sudah lama aku tak buat segmen  blog kan.. Eh! Ke aku tak pernah buat segmen kat blog.. Rasa tak pernah kot.. Aku pernah buat kontes dan giveaway rasanya..Hahaha..

Beberapa hari ni aku ada terfikir nak buat segmen ringkas je di blog.. Segmen untuk sesiapa sahaja boleh join.. Walaupun tajuk segmen ialah ‘Kenapa Perlu Baca Blog Parenting‘, tidak semestinya blogger parenting je yang boleh join..

Yang bukan blogger berniche parenting pun boleh join segmen ni.. Yang belum punya anak pun boleh join.. Yang belum berkahwin tapi bujang trang tang tang pun boleh join..

Apa yang nak kena buat  mudah je..

1.  Tuliskan entri kenapa kena baca blog parenting  dengan tajuk Kenapa Perlu Baca Blog Parenting 

           atau

     dalam English Why Need To Read Parenting Blog

2.  Kemudian kongsikan 3 blog parenting yang korang suka baca ( blog luar negara pun boleh )

3.  Letakkan banner di dalam entri tersebut dan link kan ke entri ini. Banner boleh dapat di link dibawah :

http://bit.ly/1tKJ2VM

4. Kalau dah siap entri, korang boleh share dekat wall facebook korang berserta hashtag ‪#‎SegmenParenting‬ ‪#‎SegmenMelastikBintang‬‪ #‎KenapaPerluBacaBlogParenting‬ untuk mudah aku trace entri.

5.  Tinggalkan url entri anda di ruangan komen dibawah di bahagian Comment Luv. ( Diingatkan jangan tinggalkan url entri anda dalam kotak komen jika tidak nanti komen anda akan masuk dalam Spam )

 


Mudah je kan.. Sebenarnya ada beberapa sebab aku buat segmen ni, supaya blogger di luar sana dapat kenal parenting blogger di Malaysia dan luar negara. Keduanya supaya mereka tidak perlu cemas atau tercari-cari sumber blog yang menulis pasal parenting. Ketiga, secara tidak langsung aku dapat memperkenalkan blogger parenting kepada pembaca dan in syaa allah kita akan berkumpul dalam satu komuniti.

Dan istimewanya blogger yang sertai segmen ni akan aku letakkan dalam bloglist istimewa di blog aku dan sama sama kita berkongsi pengetahuan.

Jadi kepada korang yang nak join dialu-alukan untuk sertai segmen ringkas ini. Terbuka kepada SEMUA diulang SEMUA.

 

22,804 total views, 6 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. Malam ni dah boleh rasa baby dalam perut bergerak sikit. Jadi susah nak tido. Alhamdulillah, dah siap entri utk segmen ni.
    Terima kasih tuan Melastik Bintang. Terima kasih jgk Allah sbb bagi baby teman malam ni (dah lama tak menulis sebenarnya).
    baby comel Ajak Terjah Artikel Terbaru Beliau ..Kenapa Perlu Baca Blog ParentingMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam