Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Kalau anda pelanggan setia Astro, pasti tidak kering dengan sinetron yang disajikan setiap hari oleh Astro..Pelbagai jenis sinetron yang berlambak di stesen TV kita…Tidak pasti samada ia bagus untuk ekonomi kita ataupun tidak…eh,ekonommi pun ada kena mengena ke..??
Dulu berlambak dengan drama-drama dari negara terbitnya matahari iaitu Jepun kemudian diikuti Korea…Sehingga kini ramai yang ‘ketagih’ dengan drama-drama luar negara…Sampaikan muat turun setiap episod…Tak nak pula muat turun episod Al-Kuliyyah ke…Mari mengaji ke…kan…Takpelah, itu hak individu masing-masing, terpulang pada mereka dan keluarga mereka…
Entri kali ini MB nak cerita pasal Sinetron vs Korean Drama….Drama terkini yang sedang ditayangkan di Astro Ria iaitu Benci Jadi Cinta…Benci Jadi Cinta dilakonkan oleh Nia Ramadhani (Alya), Jonathan Frizzy (Reihan) dan Fathir Muchtar sebagai sepupu kepada Reihan. Dengan 128 episod dan wktu ke udara ialah jam 6.30 petang Isnin – Jumaat.Drama yang diadaptasi dari drama My Girl….

Untuk sinopsis Benci Tapi  Cinta boleh klik disini …Ada beberapa kelainan yang dibuat dalam drama ini antaranya ialah :
  • Waktu pertama kali Reihan berjumpa Alya adalah di ladang belimbing tetapi di dalam Drama Korea My Girl ialah ladang Limau
  • Tasya adalah pemain badminton, tapi Seo Hyun ialah pemain tenis profesional
Itu perubahan setakat ini yang MB kesan semasa menonton drama ini…Berikut pelakon-pelakon Benci Jadi Cinta vs My Girl 

 Yoo Rin vs Alya

 vs 
Seol Gong Chan vs Reihan
 vs 
Seo Jung Woo vs Evan

 vs 
Kim Seo Hyun vs Tasya
 vs 
Bandingkan antara pelakon Indonesia dan Korea di atas…Ngetop bukan..hehehe…
Nota Lastik : Sebenarnya tak layan drama Benci Tapi Cinta tapi si isteri yang layan, nak tak nak kena ikut juga..hahaha..bukan apa..memikirkan episod yang panjang…fuh~~

2,811 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam