Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Segmen terbaru di blog MB, iaitu Soal Jawab Agama.. Dimana di segmen ini MB akan kongsikan segala persoalan mengenai bab-bab agama yang diambil dari laman sesawang yang membincangkan masalah yang dialami. Tujuannya adalah berkongsi perkara-perkara yang kita sendiri kadangkala tidak mengerti atau kurang pengetahuan.

Keratan akhbar dari sebuah akhbar tempatan (gambar hiasan)



Soalan; Assalamualaikum. Saya ada satu pertanyaan. Kalau seorang suami telah menulis mesej di telefon bimbit untuk menjatuhkan talak kepada isterinya tetapi belum dihantar kepada isterinya, maka talak itu sudah jatuh atau belum. Sekian.

Jawapan;

Menurut jumhur Fuqhak (antaranya Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafiie) menulis ucapan talak tidak dikira jatuh talak melainkan dengan niat, yakni ada niat mentalak isteri ketika menulis ucapan talak tersebut. Ini kerana orang yang menulis boleh jadi ia menulis kerana ingin merekodkan atau bertujuan penceritaan atau ingin mencuba pen/pensil, ingin melihat tulisannya atau seumpamanya, maka kerana itu dalam kes talak ia memerlukan niat talak supaya tulisan talak itu tidak bertujuan lain.

Talak dengan SMS termasuk dalam kategori talak dengan tulisan di atas. Jika SMS yang mengandungi ucapan talak itu ditulis oleh suami berserta dengan niat untuk menujukan ucapan talak itu kepada isterinya, jatuhlah talak.

Ucapan talak tidak disyaratkan dilafazkan di hadapan isteri. Sekalipun isteri tidak mengetahui suaminya ada melafazkan talak ke atasnya, talak akan tetap berlaku dengan semata-mata keluar ucapan tersebut dari suami (sama ada dengan lafaz mulut atau dengan tulisan berserta niat tadi).

Oleh demikian, merujuk kepada soalan di atas, jika ketika menulis ucapan talak dengan SMS itu ada niat untuk menceraikan isteri, jatuhlah talak walaupun SMS itu belum dihantar. Dikecualikan jika dalam tulisan itu ada dikaitkan dengan syarat sampai seperti dituliskan “Jika SMS ini sampai kepada kamu (yakni isterinya), maka kamu aku ceraikan”, maka tidak jatuh talak melainkan setelah SMS itu sampai kepada isteri.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1.Al-Mughni, Imam Ibnu Qudamah, 16/480.
2.Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan ‘Kitaabun’.
3.Raudhatu at-Thalibin, Imam an-Nawawi, 6/42.
4.Mugni al-Muhtaj, Imam al-Khatib as-Syirbini, Kitab at-Thalaq.
5.Fatwa asy-Syabakah al-Islamiyah, no. 8656, 125399, 120148,
6.Fatwa Syeikh al-Munajjid (Islamqa.com), no. 36761, 31778, 5225.

– Hasil perkongsian USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL disini.

4,377 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

  1. asalamulaikum saya ada persolaan saya ada menghantar s.m.s kepada isteri saya berbunyi jatuh lah nie aku sahaja yang membayarkan hutang piutang mu dan tentang nafkah aku7 sahaja lah membayrkan semua nya waktu saya menghantr s.m.s tersebut saya tidak ada berniat langsung dan cuma untuk memberi pengajarran sahaja kepada isteri saya kierana isteri saya sering bergaduh mengenai wang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam