Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Terdapat segelintir blogger baru yang menulis blog hanya mahu menjana wang dengan segera… Mereka seolah-olah tidak mempunyai sedikit kesabaran… Bukan nak kata niat mereka itu tidak baik tetapi jika kita menghayati sesuatu penulisan kita di dalam blog kita, dan berlandaskan kepada niat berblogging yang suci murni maka ia lebih mendatangkan kepuasan kepada kita. Pendapatan yang terhasil daripada blog adalah bonus kepada kita….Tak dinafikan dengan Blog boleh jana pendapatan…Tetapi harus dengan kesabaran…Terpulang pada hak individu masing-masing…
Itulah salah satu sebab mereka tidak menjadi blogger pro, kerana kesabaran adalah salah satu daripada rukun utama Blogging…(ewah! macam MB ni pro je…)
Topik kali ini yang MB nak kongsikan ialah mengenai Google AdSense. Pernahkah anda mendengar tentang sesiapa yang mengatakan bahawa ‘Saya tidak mahu Akaun Google AdSense‘? Tidak pernahkan, sesiapa sahaja mahukan ia untuk membuat wang dengan Google AdSense.
Tetapi Google telah belajar sesuatu dari masa lalu dan tidak hairan sekarang ini ia agak ketat dari segi proses kelulusan, khas untuk pengguna Asia (India, Pakistan, Sri Lanka, dan sebagainya). Dibawah MB akan kongsikan 5 Tips untuk mendapatkan kelulusan  Akaun Google AdSense :
Entri Yang Berkualiti
Perkara pertama dan utama yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kelulusan akaun AdSense adalah untuk menghasilkan entri yang berkualiti… Ia adalah sukar bagi mana-mana blogger baru untuk mula menulis entri yang mendapat tempat dihati pembaca. Anda tidak perlu menulis entri yang hebat, hanya berhenti menulis entri yang kurang berkualiti…

Jangan  Menulis Entri Yang Ditiru Sepenuhnya
Jangan cuba untuk menjadi pintar dengan menyiarkan entri yang disalin sepenuhnya dan mengatakan bahawa ia adalah entri yang berkualiti… Ya, kandungan mungkin kualiti tetapi sekali ia ditiru, maka kualiti yang ada pada entri tersebut akan hilang…
Ia bukan sahaja mengurangkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan Akaun AdSense, tetapi juga membuatkan enjin carian mengenakan denda terhadap anda… Ia akan memberikan kesan terhadap SEO blog anda nanti…(Jangan copy and paste sebiji-biji)

Blog Mudah Dilayari
Membuat blog / laman web anda mudah dilayari adalah sangat penting, sebelum anda mengemukakan permohonan AdSense anda untuk semakan… Jika blog / website anda sesak atau tidak teratur, mungkin akan mengurangkan peratusan kelulusan akaun Google AdSense anda… Jika berlaku begitu maka anda boleh lupakan untuk mendapatkan kelulusan akaun AdSense…
Tips : Google AdSense mahu pengunjung anda untuk klik pada iklan  mereka… Seboleh-bolehnya cuba menggunakan warna putih sebagai latar belakang blog anda…

Tunggu Selama 6 Bulan Sebelum Memohon Google AdSense
Tunggu selama 6 Bulan‘ ini tidak bermaksud  bahawa anda  perlu membeli domain baru dan terus menunggu untuk tempoh 6 bulan… Apa yang dimaksudkan disini ialah untuk menulis beberapa entri   yang  berkualiti, jika boleh 50++ entri yang mendapat trafik sekurang-kurangnya 100-125UV sehari…

Isikan Borang Permohonan Dengan Betul
Jadi seseorang yang jujur dan fokus semasa mengisi borang permohonan Google AdSense… Jangan palsukan nama anda, alamat atau nombor telefon anda…
Jika maklumat peribadi anda tidak sepadan dengan maklumat mengenai pendaftaran domain anda maka permohonan anda kemungkinan akan ditolak oleh Google AdSense…

Kepada mereka yang susah untuk mendapat kelulusan Google AdSense mungkin boleh cuba tip-tips di atas… MB tidak mengatakan ia berjaya 100%, tetapi mencuba adalah lebih baik daripada gagal tanpa usaha…Jika ada tips yang lain silakan untuk berkongsi dengan memberi komen dibawah….

2,493 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam