Fulltime Blogger & Influencer. Best New Media at Blue Ribbon 2014 Award. Best Motorsport Blog MSMW 2015.

Tahun lalu kita telah saksikan kejayaan Asmidar sebagai juara sulung untuk program realiti TV, VOKAL… Namun begitu, kini pihak TV3 sekali lagi meneruskan inisiatif bagi mewarnai industri seni suara dengan pencarian bakat-bakat baru…
Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2 kembali menemui anda.,. Setelah ujibakat dijalankan di pelbagai tempat akhirnya ia muncul di kaca tv anda… Kini konsert  pertama Vokal 2 menemui anda pada 25 Oktober 2012 iaitu pada hari Rabu…
Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2 dihoskan oleh Faizal Ismail seperti  musim  pertama dahulu…Para peserta bakal diuji dengan kelantangan vokal masing-masing…Ditambah pula dengan juri yang terdiri daripada Adibah Noor, Siti Hajar dan Ziana Zain untuk konsert yang pertama…. Seramai 4 orang peserta telah bertanding pada konsert pertama ini..Keempat-empatnya adalah wanita…..

Musim ini ada kelainan sedikit bagaimana untuk mengundi…Aplikasi yang membolehkan anda menjadi juri di rumah melalui laman web vokal…Keputusannya boleh dilihat di laman yang sama dan di kaca tv secara langsung. Lihat disini untuk mengetahui cara mengundi….

Sekitar ujibakat Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2 :

Saksikan Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2 setiap hari Rabu jam 9.30 malam di TV3…

Anda boleh mengikuti perkembangan lanjut Vokal Bukan Sekadar Rupa Musim Ke-2 di laman facebook Vokal2 dan laman twitter @VokalBSR

2,140 total views, 1 views today

Leave Your Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam